Saturday, February 5, 2011

Lagoon Kuala Ibai 2011

Balik Terengganu tak sah kalo kitaorang tak singgah Masjid Terapung. Depan rumah je pun. Tapi kali ni singgah time dah nak maghrib tu yang banyak gambar golap joo...









Sofiyya berlakon nak terjun tasik
 

Kota Bharu 2011

Pagi ni kami bertolak ke Kota Bharu. Aku sefamily satu keta dan Abah dan Ma satu keta. Abah bawak kitaorang melalui Merang. Lalu ikut pantai tak boring sangat cuma jarak dia jauh sket. Cantik pantai area sini. Kalo nak ke Pulau Redang dan ke Pulau Perhentian kat sinilah jetinya.

Di Kota Bharu nanti kitaorang stay kat Renaissance Hotel. Yang ni aku booking 2 hari lepas je melalui MARRIOTT. Memang plan last minit pun sebab sebelum ni fikir nak balik hari je. Tapi dah alang2 ke sana elok shopping sekali. Kalo dah shopping konpem kena tido sebab makan masa. Tapi aku sefamily je. Abah dan Ma nak terus balik Terengganu pada hari yang sama.

Sampai di Kota Bharu dalam pukul 12 tengahari, Abah terus bawak kitaorang pergi Pengkalan Kubor. Untuk apa lagi...shopping la. Sinikan duty free. So banyak jugak la aku beli tudung. Abang dan sofiyya beli baju. Ma dengan Abah beli barang2 rumah. Kuar dari Pengkalan Kubor dah pukul 3:30 petang.

Abah dengan Ma nak singgah Pasar Siti Khadijah. Lepas tu terus balik ke Terengganu. Kitaorang plak terus pergi check in kat Hotel. Cantik jugak hotel ni. Boleh muat 4 dewasa. Tapi kali ni pakej yang kitaorang amek takde breakfast.

Petang tu kitaorang kuar cari makan malam. Singgahlah makan kat YATI AYAM PERCIK. Kat sini makanan glamer konpemlah nasi kerabu. Tapi sebab perot aku ni dah sebu dengan angin, so tak mampu nak makan nasi kerabu tu. Bungkus je la akhirnya. Malam tu kitaorang lepak bilik je. Mana nak pegi malam2 ni kalo area Kota Bharu. Semua bisnes bukak siang je. Aku pun tido awal sebab perot tak sihat.

Esok paginya kitaorang breakfast dengan makanan yang dibawa bekal semalam je. Malas nak kuar hotel punya pasal. Dalam 11:30 kitaorang check out dan terus ke Pantai Cahaya Bulan. Dah pesan kat Abang sampai PCB ni nanti aku nak makan seafood. Abang ok je. So ni lah kot brunch kitaorang. Hehehe. Tapi makanan dia punyalah mahal. Makan 2 orang dah berpuluh2 ringgit. Amik pun untuk 2 orang makan.

Lepas tu kitaorang gerak ke majlis perkahwinan ofismate aku, Ina. Yang ni boleh baca kat ENTRY ni.

View Hotel Renaissance
 


Macam kat Pantai Batu Burok ada jual layang-layang
 

Sofiyya dah ngantuk
Ini je pun yang kitaorang ode dah puloh2 RM


Friday, February 4, 2011

Perkahwinan - Ina & Fakhrul - Kota Bharu

Sesat jugak kitaorang nak sampai ke majlis kahwin Ina nih walaupun pakai GPS. Maybe sebab GPS tu tak update kot. Tapi last2 jumpa jugak lokasinya. Kebetulan satu jalan tu ada 2 kenduri kahwin. Kitaorang dah confuse takut salah masuk kenduri.

Yang mula2 tu takde banner... so tatau sape punya majlis. Kitaorang fikir jalan je la dulu kot2 bukan yang ini. Jalan depan sikit nampaklah satu kenduri lagik. Haa...yang ni ade banner. Aku perhati banner tu dari dalam keta nampaklah gambar Ina. Sah! Inilah majlisnya. Terus cari parking. Kalo kat Pantai Timur, biasanya kenduri kahwin makan nasi putih atau nasi minyak. Lauk2 pun banyak untuk makan bersama nasi putih. Kenduri rumah Ina ni makan nasi putih berlaukkan daging. Memang aku tak makan daging. So amik kuah dengan acarnya je. 

Selepas setel bergambar dengan pengantin kitaorang terus balik ke Terengganu. GPS tunjuk jalan dalam lalu kawasan hutan. Tapi laluan ni laluan biasa sebenarnya dan lagik dekat kalo nak compare melalui Merang.

Kenduri rumah Ina
Sama macam arwah moyang aku... suka pakai bedak sejuk.
Mak Mentua Ina

Pengantin Lelaki
Masam je cik kak kita ni...

Jeling sape tu Ina?
Cik jurukemra

Ayah mentua Ina
Opss gambar Abang sipi je nampak

Bersama pengantin. Sofiyya duk tengok tangan pengantin yang berinai


Pengantin nak jumpa tetamu

Banner yang menyelamatkan kami dari salah masuk majlis


Thursday, February 3, 2011

TTI River Cruise 2011

Kitaorang ni nak menghabiskan masa menunggu sebenarnya. Pagi tu kitaorang ke Keropok Lekor BTB (Keropok Lekor Bukit Tok Beng), pastu amik nombor giliran. Kelass kau Jahhh... nak beli keropok lekor pun pakai nombor giliran. Tapi bila tengok nombor giliran dengan nombor sekarang.. mak aaaiiii lamanyer nak menunggu. Padahal dah datang pagi pastu hari bekerja plak tu. Kalah nombor giliran kat bank.

Congak2 waktu dapat beli keropok petang kot. So kitaorang pun jenjalanlah ke Taman Tamadun Islam (TTI). Jauh jugak sebenarnya lokasi TTI dan BTB ni. Kira patah balik semula ke bandar. Kalo korang tak tau sebenarnya TTI ni terletak di Pulau Wan Man. Pulau ni pun dah bersambung dengan daratan. Untuk ke sini kena melalui Losong. Losong ni pun femes jugak dengan keropok lekor.

Sebelum ni kami pernah ke TTI dalam tahun 2008. Tahun ni masih ada replika yang belum siap. Plan nak masuk dalam TTI lagi sekali tapi sebab tengok cuaca cam mendung je... so tak jadik lah nak masuk. Pastu baru perasan ada RIVER CRUISE kat sini. Harga tiket RM20 untuk dewasa disertakan sekali dengan safety jacket. Sofiyya FOC je sebab bawah 7 tahun. Kalo kanak2 usia 7-12 tahun RM15 sorang.

Fikir2 sempat kot kalo naik bot ni untuk pusing2 Sungai Terengganu. Bot ni akan round dalam masa 45 minit. Tapi kalo sungai bergelora tak boleh la. Macam takde kelas plak aku panggil bot kan. OK tukar River Cruise lah. Dalam River Cruise ni macam Air Asia jugak. Siap ada jual makanan ringan dan minuman ringan. Ada pemandu pelancong yang akan menerangkan tempat2 yang ada disekeliling Sungai Terengganu ni. Bila sampai ke area Masjid Kristal, River Cruise ni berhenti sekejap untuk kitaorang amik gambar masjid dengan jelas. Lepas tu patah balik ke jeti.

Lepas tu kami bergegas ke BTB untuk beli keropok. Bila sampai je sana... tengok nombor giliran dah terlepas. Adoyaiii.... takkan nak amik nombor lagik sekali. Aku tekan lah jugak nak tengok dapat nombor berapa. Mana tau dah petang orang dah tak ramai. Tapi aku silap. Nombor giliran dah jadik ribu riban. Hmmm balik je la jawabnya. Kepok apa pun tak dapat.

Siap dengan spek hitam Sofiyya
Nak bergaya sekali dengan Ummi


Haus sangat..
 

Menunggu masa untuk naik river cruise
Bot ni ke kitaorang akan naik? Kecitnya...

Main lari2 dulu

 
 
Pemandu pelancong menerangkan langkah2 kecemasan sekiranya perlu
Sofiyya dah siap dengan safety jacket. Yang ini je yang paling kecik
Berjalan menaiki bot

Nasib bot besar. Ingat bot kecik tadi
 


Boleh capai air dengan tangan je
Sangkar ikan kat atas bot tu


Sofiyya tak gayat duduk tepi
 


Riyaz Heritage
Masjid Kristal
Siap makan jajan dalam bot

Muka happy dapat naik bot