Friday, December 23, 2011

PNB Ilham Resort 2011

Selama keje kat Heitech dah hampir 10 tahun ni... tak pernah lagik bawak family stay kat PNB ILHAM RESORT. Rugikan... tapi tak bermakna aku tak pernah pergi...pernah la pergi kalo ada training kat sana. Kiranya dah tau la view hotel tu macammana.

Kali ni adelah plan untuk buat family day belah Abang. Plan punya plan kira jadiklah ni... tak ramai pun adik bradik satu mak je dengan abang. So aku bookinglah apartment 3 bilik. Amik pakej BBQ sekali untuk 10 orang.

Pakej ni harga dia RM 100 siap sekali dengan ayam 10 ketul, ikan cencaru 10 ekor, nasi goreng, mee goreng, jagung 10 ketul, wedges 10 ketul, sos cili, air asam dan air kordial sejug. Kalo nak refill air ni kena topup RM 10. Kerusi dengan meja pun disediakan untuk 10 orang. Tapi kipas, sepit dan senduk kena sewa RM30.

Aku sebagai tuan rumah konpemlah sampai dulu. Nasib boleh check in awal. Dalam 1:30 petang dah boleh masuk. Maybe sebab bilik kosong kot. Masa ni semua ipar duai belum sampai lagik. OTW katanya. Dapat apartment tingkat atas sekali tapi view ngadap pool.

Oleh sebab awal lagik, kitaorang pegi lunch kat area Teluk Kemang. Siap belikan sofiyya baju pelampung untuk dia sebab pelampung dia kitaorang lupa bawak. Tunggu punya tunggu dalam pukul 3:30 cik Radhi sampai dari Kota Tinggi.

Lepastu masa tengah mandi pool dengan drang ni Kak Az dan Cik Aki sampai dari Melaka. Sampai je trus Iman terjun kolam sebab pool dia kul 7 petang dah tutup. Tinggal sorang je lagik yang belom sampai.

Malam tu kami BBQ dalam pukul 8:30 malam. Time ni baru Yati dan family sampai dari Segamat. Malam tu kebetulan lepas sejam BBQ gerimis turun. Terpaksalah balik ke bilik sebab kat situ yang ada bumbung tempat BBQ. Yang kerusi meja tu smua open air.

Memandangkan malam masih muda, kitaorang plan untuk pegi karaoke. Tapi terpaksa senyap2 keluar kononnya tak nak lah Yati dan Ahya tau. Sebab drang ni kira alim la... tak sonot plak. Harga bilik karaoke ni RM50 untuk 2 jam.

Tapi yang kitaorang bengang sebab staff hotel tu duk karaoke kat situ. Kitaorang ni hampir 45 minit tunggu drang keluar. Dengan alasan drang tak perasan ade customer. Boleh gitu?? Kan korang ada walkie talkie memasing. Inform je la cashier tu. Haa...kan aku dah membebel kat sini.

Esok harinya plan nak ke Ostrich Farm tapi memandangkan ujan lebat...kansel terus plan tu dan trus balik KL. Semua ikut kecuali Kak Az.

Dapur Hotel
Bilik Master
Bilik second and third sama design
Seronok dapat mandi pool
Belaja berenang
Cik radhi dan cik burn
Sofiyya takut sebab kaki tak jejak

Last2 mandi kat tempat budak2 je la
Pak Amid tengah membakar

Ikan cencaru gaul kunyit je
 

Semua ada kecuali Abang sebab jadik kemramen
Romantik gitu...panas tu bahang api

Cik burn dan cik aki
Abang plak amik part dan aku la jadik kemramen


Kak Az dan amani
 

Si chomel Sofiyya
Abang kena paksa tengok kemra oleh kemramen.. aku ler tuh!

Pak ya baru sampai terus mamam
Nak air kordial?
Nuha anak Yati
Bebudak ni semua ikut p karaoke
Cik Radhi berangan jadik model tingkap


Penat tunggu drang keluar
Bersama anak2 sedara

Abang stat nyanyi dulu
Sungguh2 nyanyi
Budak2 ni pemerhati je
 

Cik Burn plak...
Masa makan kat Telok Kemang

Saturday, December 17, 2011

Perkahwinan - Persandingan Shafeeq & Azwa

Hari ni merupakan majlis perkahwinan belah lelaki yang merupakan sepupu aku. Mak dia merupakan adik bongsu mak aku. Tapi hari ni jugak ofis aku ada buat family day kat Ulu Yam... huhuhu tak dapek la den nak pogi sebab urusan family lebih utama. Dahlah family day tu makan tahun nak buat. Hmmm...melepaslahh lagikk....

Majlis perkahwinan dibuat di dewan Victoria Institution yang merupakan bekas sekolah Shafeeq dan juga makcik aku yang aku panggil Suti ni cikgu kat sekolah ni. Sekali harunglah kiranya. Warna tema biru turqoise dan Suti dah sediakan kain untuk kitaorang yang pompuan ni untuk pakai baju seragam. Makcik aku yang kat Chendering jadik tukang jahit. Memang Cik Zam ni tukang jahit pun. Semua baju aku dia yang jahit dan aku pernah beli baju yang dah siap sekali je untuk raya hari tu takat ni.

Kek pengantin bentuk kapal terbang Air Asia sebab Shafeeq ni keje kat Air Asia. Selalulah dapat tiket price untuk staff. Family terdekat pun boleh dapat tiket yang murah jugak. Beskan... :D

Semua berbaju biru. Makcik2 dan sepupu2
Tuan Rumah
Sedapnya makan cendol

Abah dan ma depan pintu masuk
Sofiyya dan dua pupunya
 

Goddies untuk tetamu
 

Meja VIP
 

Hanya makan beradap je
 



Band sekolah. Tak perlu kompang2 nih

Pengantin Berarak masuk dewan

Tarian hakka ganti silat


Sedapnya makan nasi beriyani
 

Bergambar dengan kek
 


Antara family yang ada
Free style
Penyanyi pun adik sendiri
Bakal pengantin jugak dua orang pengapit nih


Tertido jugak akhirnya
 

Monday, December 12, 2011

Ikan Kukus Ala Sarawak

Hari ini duduk rumah tatau nak masak apa. Tanyalah cik Google kita. Masuk website Myresepi. Kebetulan ada ikan kat rumah. So mencari2 resepi ikan yang belum pernah cuba. Jumpalah RESEPI ni. Apa lagik, bila check semua bahan ada...kita mulakan bersilat kat dapur!.

Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )
  • 1 ekor ikan sederhana besar yang segar (talipia / sultan / terubuk atau apa jenis ikan kegemaran) - Aku guna ikan kembong je
  • 2 biji bawang merah *
  • 4 ulas bawang putih *
  • 1 tangkai serai *
  • 1 cm halia *
  • asam jawa
  • serbuk lada putih
  • 2 -3 biji cili besar ( dihiris )
  • 2 sudu besar Kicap (paling sesuai Kicap Tong Nam) - Aku guna kicap manis je

Cara-cara

  1. Tumbuk semua bahan-bahan *
  2. Bersihkan ikan
  3. Lumur seluruh badan ikan dengan asam jawa. (asam jawa jangan dicampur air)
  4. Letak ikan dalam bekas untuk dikukus. Taburkan bahan ditumbuk atas ikan. Tambah lada putih, cili padi dan kicap. Kukus hingga ikan masak. Jika nak pedas, boleh guna cili padi.
Komen dari Abang...hmmm sedap jugak ikan kukus ni! ;)

Ikan Kukus Ala Sarawak

Friday, December 9, 2011

Bowling HeiTech 2011

HeiTech telah menganjurkan Pertandingan Bowling antara staff. Ahli kumpulan boleh pilih sendiri. Seperti biasa untuk projek aku ni memang dah ade pemain2nya. Kumpulan hendaklah terdiri dari 2 lelaki dan 2 perempuan. Lokasi pertandingan adalah tempat bowling yang paling dekat dengan ofis iaitu di Ampang Superbowl, The summit. Pertandingan bermula pada pukul 8 malam sebanyak 3 games. Aku ni takde la terrer sangat tapi bolehlah main. Team member lelaki yang banyak bagi sumbangan sebenarnya. So dapatlah tempat ke lima. Bahagi RM50 untuk 4 orang dapatlah RM12.50 sorang. Jadiklah...untuk cover balik bayaran masuk pertandingan.


 




Friday, December 2, 2011

Sofiyya Kena Chicken Pox

Balik dari bercuti di Penang, kami diuji olehNya dengan Sofiyya kena jangkitan Chicken Pox. Patutlah masa on the way balik ke KL badan dia dah dedar2 gitu. Dua, tiga hari lepas tu tengoklah ada biji2 cacar yang timbul. Oleh sebab aku dah pernah kena.. so dapat detectlah biji tu mendalah pe.

Alhamdulillah... cacar yang kuar takde lah seteruk masa aku kena dulu. Maybe sebab dah amik injection untuk Chicken Pox (MMR-V - Measles, Mumps, Rubella and Varicella (Chickenpox)) yang menyebabkan ianya tak berapa teruk. Boleh kiralah berapa biji yang kuar. Pergi klinik DR bagi ubat demam dengan Calamine Lotion untuk sapu kat tempat yang ada cacar.

Ingatkan dah inject konpem tak kena...tapi rupanya dah inject masih boleh dijangkiti cuma kesan dia kurang. Terpaksalah asingkan dia dari kawan2 sebaya. Cutilah dari pergi sekolah dengan nursery. Sampai aku pun bercuti selama 3 hari. Selebihnya kebetulan Abang keje malam so dia lah yang jaga.

Biasanya kalo kat kampung dah cari Daun Semambu untuk lapik tido supaya tak miang. Tapi kat Kolumpo nih manalah nak cari daun tu. Aku alaskan kain batik dan Sofiyya tido pakai spender je... Nasiblah tak gatal sangat sebab tak banyak. Pantang orang tua lagik, mak nye tak boleh menggoreng dalam rumah nanti anak gatal.

Selain daripada tu makan pun nak kena pantang. Kicap dan segala yang bisa tu tak buleh makan tak nak kasi parut dan gatal. Hujan pun tak leh kena. Banyak tul pantang larang ni kan. Time aku kena dulu siap sapu Batu Kawi kat tempat cacar. Mana de Calamine Lotion ni. Sat lagik aku tempek gambar daun semambu dan batu kawi bagi sape yang tak kenal.

Satu lagik minum air kelapa nak suh semua cacar tu kuar. Sofiyya ni aku bagi minum jugak tapi empunya diri tu tak nak minum banyak. Tapi aku tengok banyak tu jugak yang kuar tak macam aku satu badan penuh dengan cacar.




Terpaksa berlenggeng je sepanjang hari
Aktiviti masa sakit
Ni lah batu kawi. Sumber : hockmieyza85.blogspot.com
Daun Semambu. Sumber :keluargaibnusahlan.blogspot.com