Saturday, March 17, 2012

Clay Art & Origami Class 2012

Tahun lepas CLAY ART diadakan di tempat company itu sendiri. Tapi maybe sebab lokasinya yang kurang sesuai untuk kanak2, so tahun ni buatlah kat ofis. Ok sangatlah tu sebab kalo tempat Clay Expression tu, penuh dengan habuk dan peralatan. Panas pulak tu. Bila buat kat ofis, aircond dipasang so kanak2 ni selesa nak buat seni.

Kali ni kelas ni combine sekali dengan kelas Origami. Makanan pagi dan tengahari pun kitaorang makan kat Kafe Ofis. Tapi menu dia boleh tahan dan sedap. Antaranya sphagetti, hot dog, nugget. Sesuailah menu ni untuk budak2. Tiada had penyertaan untuk aktiviti ini. Kiranya dari bayi sampai sekolah rendah boleh join. Tapi bila setengah jam buat clay art ni, kebanyakannya ibubapa pulak yang amik alih. Anak2 dah sibuk aktiviti lain.

Guru kelas Clay Art
Mula2 ibu2 yang join



Nurul & Alesha
 

Kalo tak paham...tanya
Baby foot print untuk anak2 bawah 1 tahun
 

Pastu tukar pulak dengan ayah
Macam terrer buat keropok gentel nih..
 


Sikit lagik nak siap
Ariz anak Nurul & Zafiz

Kemain yer kalo disuruh bergambar
Anak Norita, Nurul dan Kak Norro
Antara yang dah siap



Rehat dulu kat kafe sebelum kelas origami pulak
Nih nama dia origami

Kaum bapa yang excited belajar. Anak2 tak minat pun
Yeay...dah siap


 

Bunga teratai pulak
Cikgu yang mengajar origami

Saturday, February 25, 2012

Taman Botani Shah Alam 2012


Hari ni jalan2 ke Taman Botani Shah Alam. Sebenarnya buntu nak pergi mana weken ni. Malas nak pergi shopping complex sebab nanti duit banyak abis. Last aku datang sini pada tahun 1991. Fuhhh...lama giler kan!. ("Tak baik cakap gila". Kalo depan Sofiyya dah kena tegur nih)  

Harga tiket RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak2. Murah kan! Ada basikal untuk disewa untuk round2 dalam ni. Kalo nak naik bas pun boleh jugak. Tapi kena ikut masa bas la. Bas ni akan bawa ke semuat pit stop yang ada. Kitaorang naik bas je untuk round2 dalam taman ni.

Tempat yang kitaorang singgah ialah di Taman Iklim Sederhana. Nak masuk dalam sini kena bayar tiket RMRM3 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak2. Dalam ni ada gerai2 jual minuman dan makanan ringan kalo tetiba rasa lapar. Sesuai untuk sape yang sukakan jungle tracking sebab boleh tengok keindahan alam semula jadi.

Kebetulan time kitaorang pergi ada kenduri kawin kat dalam ni. Tetamu2 majlis smuanya diangkut menggunakan bas ke tempat majlis...cuma nak menunggu bas tu la yang jenuh sket.

Dalam bas

Nak masuk sini kena bayar tiket RM3
La ni musim bunga.


Suhu tempat ni


 




Reban ayam ke apa ni?


 



Kitaorang of coz lah pilih bas baru
Bas buruk pun ada


Sunday, February 12, 2012

Sambal Tempoyak Ikan Bilis

First time makan sambal tempoyak ikan bilis bila ofismate aku Kak Norro bawak gi ofis. Bila dah rasa sedap mintaklah resepi. Tapi Kak Norro suruh Google je. Pembekal tempoyak pulak Kak Mery ofismate jugak. Ayah dia ada kebun durian kat Perak. Tu yang boleh bagi banyak2. Satu bekas plastik sorang tempoyak. Abis satu ofis bau durian. Hehehe. 

Actually resepi ni daripada apa yang aku rasa. Tak Google pun. So ini cara yang aku guna.

Bahan-Bahan:
Segenggam bilis - Digoreng Garing
Sebatang Serai - Dititik
Daun Kunyit - Dipotong kecik2
Tempoyak - Sebanyak mana dengan ikan bilis
Bawang Putih, Bawang Merah, Cili Padi - Dikisar
Sedikit serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng
Cara-Cara:-
1. Panaskan minyak. Masukkan bahan2 yang telah dikisar. Kacau sehingga naik bau.
2. Masukkan serai dan daun kunyit.
3. Masukkan tempoyak dan serbuk kunyit. Gaul hingga sebati.
4. Akhir sekali masukkan ikan bilis dan gaul sebati. Siapp untuk dimakan.

P/s:- Simpan dalam peti sejuk boleh tahan lama.





Tuesday, February 7, 2012

Pantai Jeram Kuala Selangor

Tak pernah sampai ke sini seumur hidup duduk kat Selangor nih. Tau pun sebab baca post sepupu aku kat Facebook yang dia singgah makan kat sini. Pernahlah dengar citer kat sini harga seafood tak semahal area Subang dan KL. Abang pulak off apa lagik mengendeng2lah aku kat dia ajak makan kat sini.

Kitaorang ke sana pakai GPS sebab tak pernah sampai kan. Kang seafood ke mana, kitaorang sesat pulak. Dalam sejam perjalanan jugak dari USJ. Menu dia semua seafood tapi semuanya di bakar. Disediakan sekali dengan kicap bercili, sup dan nasi putih. Aku order kerang, udang, sotong dan ketam semua sekali RM49 jek. Memang tak percaya punya!

Kat sini kalo nak beli yang fresh pun ada dijual digerai2 tepi jalan. Kalo korang tengok gambar ni kerang dia saiz XL bukan macam area KL yang saiz S atau XS.



Banyak cengkerang kat tepi pantai

Main baling2 cengkerang dalam laut. Kedainya tepi pantai jek
Siap kutip bawak balik rumah