Tuesday, August 21, 2012

Aidilfitri 1433H/2012M - Batu Pahat

Raya ketiga kitaorang beraya belah Batu Pahat pulak. Seperti biasa, lokasi beraya kami sampai ke Simpang Renggam dan Ayer Hitam. Tapi banyak rumahlah yang menyinggah antara tu. Semua berpakat pakai baju melayu complete dengan sampin walaupun dah raya ketiga. Yelah baru nak berjalan rayalah katakan. Ma dan Abah pun baru sampai dari Terengganu Raya Kedua. Kira Ma dan Abah beraya kat Terengganu dulu tanpa anak2.

Abang BALIK SEMULA ke Johor pada raya keempat. Patutnya abis keje raya ketiga tapi sebab abis dah lewat petang so esok je la balik sebab penat nak berjalan malam sengsorang. Selisih pulak dengan rombongan kitaorang yang nak ke Melaka ziarah adik arwah atuk kat sana. So apalagi terus balik rumah Seri Menantilah jawabnya. 

Asyadeya dan atuk

Raya ketiga bertema hijau pucuk pisang

Asyadeya dan Nenek

Melantak je kejenya raya nih





Siap melaram dengan high heel. Nak sangat sebenarnya..


With my beloved mum

Asyadeya pun happy dapat duit raya
Tokey nak bagi ghete
Masing2 dah besar panjang pun konpem dapat duit raya selagik tak keje.
 


Our big family

Masing2 bangga walaupun dapat singgit. Susah tu sebab dah besar panjang
 

Dah tukar uniform.. Gaya cam model...
Asyadeya pun sama
 

Kat rumah Mak Andak

Busu dan Pak Usu
 


Seperti tahun2 lepas... bergaya depan cermin

Raya Keempat di Melaka


Sunday, August 19, 2012

Aidilfitri 1433H/2012M - Seri Menanti


Aidilfitri tahun ni raya pertama di Seri Menanti. Belah Batu Pahat akan beraya pada hari raya ketiga. Cuma tahun ni Abang sempatlah beraya dengan kitaorang pada raya pertama je. Sebab petang raya pertama tu Abang terpaksa balik ke KL kerana berkhidmat untuk negara. Kena standby time orang lain cuti raya la tu. Baju melayu pun recycle tahun lepas punya je. Tapi oklah sempat beraya bersama jugak walaupun sekejap je.

Raya pertama kitaorang tak kemana2 pun. Duduk rumah je tunggu tetamu datang. Raya kedua baru berjalan sampai ke Rengit dan Sri Gading. Kitaorang berdua je la beraya bersama2 dengan ipar duai dan mentua. Petang raya kedua aku balik ke Batu Pahat. Ma dengan Abah datang beraya ke rumah besan bersama Busu dan family.

Raya kelima kitaorang balik semula ke Seri Menanti sebab Abang dah dapat cuti. Hari ni lah baru Abang nak beraya. Beraya dekat2 je area Muar. Esoknya raya Keenam kitaorang ke Pontian, Ulu Tiram dan Kota Tinggi. Banyak buah rumah jugaklah singgah. Dari pagi keluar rumah sampai lewat malam baru sampai rumah balik. Jauh perjalanan pusing satu Johor. Abanglah kesian sebab dia jadik driver.  Fuhh... memang raya sakan. Banyak jugaklah Sofiyya dapat duit raya tahun ni. :D


Kami bertiga di raya pertama
Abang gaya dah macam bersanding je

Nih bukan Sofiyya yang amikkan, pakai tripod.

Muka Sofiyya dan terpaksa senyum sebab banyak sangat amik gambar

Semua beratur nak mintak duit raya
 


Sofiyya pulak dapat duit raya dari Papa
 

Family Abang Uda pun sama color dengan kitaorang

Beraya tanpa papa di hari raya kedua
 

Raya kelima papa dah balik untuk raya bersama

 

Beraya di Kota Tinggi pada raya keenam.
 


Sunday, August 12, 2012

Iftar JW Marriot 2012

Bukak posa hari ni IR Amir belanja makan. Dia suh aku yang pilih tempat untuk berbuka. So aku survey kat Internet kat sini nampak menarik. Tu yang aku pilih JW Marriot Bukit Bintang. Makanan dia pun banyak variety dan sedap. Dalam RM6+ sorang untuk buffet.

Nak booking kat pool tapi dah fully booked plak. So duduk je la dalam dewan. Kat dewan ni senang kalo nak solat sebab ada surau dan toilet kat level yang sama. Kira kalo nak berbuka dengan minum air pastu nak g maghrib dulu pun boleh. Siap ada kambing golek. Yang ni lah orang duk terkam dulu. Aku tak heran pun sebab memang tak makan mmmbeeekkk. :D

Kitaorang dari pagi lagik dah kuar pegi shopping kat Jalan TAR dan Sogo. Tapi park keta kat Sentul pastu naik Star nak ke Sogo. Tak kuasa aku nak bersesak2 dengan keta time bulan posa camni. Konpem jem. Kat sogo cari baju raya Abang, Sofiyya punya dah beli lagik awal. Aku plak cari broach dan tudung kat Jalan TAR. Nasiblah Abang dengan Sofiyya kena follow aku shopping. Pasrah je la. Hehehe. Asben korang sporting tak cam asben aku? :P

Family Amir
Sofiyya amik gambar
Our Family
Licin licau

Asyadeya yang chomel

Sunday, August 5, 2012

Buttermilk Roast Chicken

Tak abis2 dengan buttermilk eh.... sayang punya pasal. Selagik boleh dibuat resepi2 lain konpem aku akan cuba. Nih balance buttermilk yang sama aku buat BUTTERMILK CHOCOLATE CUP CAKES. Resepi asal dari BLOG ni. Jom survey apa bahan2 yang digunakan.

Ingrediants

2 cups buttermilk
5 garlic cloves, peeled and smashed
1 tablespoon table salt
1 tablespoon granulated sugar
1 1/2 teaspoons paprika, plus extra for sprinkling (aku pakai serbuk kari jek sebab paprika takde)
Lots of freshly ground black pepper
2 1/2 to 3 pounds chicken parts
Drizzle of olive oil (aku pakai mentega)
Flaked or coarse sea salt, to finish


Method:

1. Whisk buttermilk with garlic, table salt, sugar, paprika and lots of freshly ground black pepper in a bowl. 
2. Place chicken parts in a gallon-sized freezer bag (or lidded container) and pour buttermilk brine over them, then swish it around so that all parts are covered. 
3. Refrigerate for at least 2 but preferably 24 and up to 48 hours.
4. When ready to roast, preheat oven to 425 degrees. Line a baking dish with aluminium foil. 
5. Remove chicken from buttermilk brine and arrange in dish. (aku masukkan sekali kuah buttermilk sebab nak suh basah)
6. Drizzle lightly with olive oil, then sprinkle with additional paprika and sea salt to taste. 
7. Roast for 30 minutes (for legs; approximately 35 to 40 for breasts), until brown and a bit scorched in spots. Serve immediately. (Seperti biasa aku guna microwave dengan mood grill selama 10 minit)

Roast chicken masih berendam dalam kuah buttermilk
Dah boleh ngapp...sedap jugak rasanya


Friday, August 3, 2012

The Street Cafe Sunway Pyramid

Hari ni memang dah survey dulu nak bukak posa kat mana. Ramadhan tahun ni aku betul2 gigih menyediakan masakan sahur dan berbuka. So hari ni hari malas dan mood nak makan luar tu meluap2. Kebetulan hari tu masa siri JJCM Abang nampaklah restoran korea yang halal kat Sunway Pyramid ni. Nama tempat tu ialah THE STREET CAFE.

Kitaorang ode Kimchi sebab tak pernah rasa dia camne. Sedap jugak dengan rasa pedas dan masam manis dia. Pastu tambah lagik Raboki Cheese. Yang ni pun sedap jugak tapi kalo orang tak suka cheese maybe tak boleh masuk sebab rasa cheese dia memang kuat jugak. Lemak berkrim dengan sos tomato. Untuk Sofiyya kitaorang ode fries dengan roti gulung yang ala2 kebab. Aiskrim dia pun sedap jugak. Must try this!

Menu untuk Sofiyya. Kebab ayam dan fries
Kimchi
Cheese raboki

Sunday, July 29, 2012

Bawal 3 Rasa

Memandangkan stok nenas dalam tin aku masih banyak, so terpikir2 jugak nak masak apa dengan nenas2 yang banyak ni. Mak mentua yang kasi bertin2 ni sempena kenduri kat kampung. Akhirnya datanglah idea nak buat Bawal 3 Rasa. Sebab satu lagik, memang ada stok bawal kat rumah. So, inilah resepinya. Resepi yang direkacipta sendiri. :)

Bahan - bahan:-
1 ekor ikan bawal
Nenas dalam tin (Dipotong dadu dan diasingkan airnya)
Sedikit daun sup (Dipotong halus)
5 biji cili padi (Dipotong)
1/2 batang lobak (Dipotong dadu)
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar serbuk kunyit
1 biji tomato (Dipotong dadu)
1 sudu besar cili boo
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos sotong
5 ulas Bawang merah, 2 ulas bawang putih (diracik halus)
Garam, gula secukup rasa
Minyak

Cara - cara:-
1. Bersihkan ikan. Gaulkan ikan dengan serbuk kunyit, tepung jagung dan garam. Ketepikan seketika biar sebati.
2. Panaskan minyak untuk menggoreng. Bila minyak dah panas, goreng ikan bawal sampai hampir garing.
3. Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak. Goreng bawang yang dah diracik sampai naik bau. Masukkan cili boo dan cili padi. Kemudian masukkan sos tiram, sos sotong, sos cili, sos tomato, gula dan garam secukup rasa.
4. Masukkan potongan lobak, tomato, nenas dan gaul sebati.
5. Tuangkan di atas ikan bawal yang dah digoreng tadi. Taburkan dengan daun sup. Siap untuk dimakan dengan nasi panas2.



Thursday, July 19, 2012

Red Velvet Cup Cakes Abang Din

Hari ni aku memenuhi tempahan ofismate aku untuk buat red velvet cup cakes. Tak amik tempahan pun sebenarnya. Tapi disebabkan atas permintaan anak dia yang nak makan, aku tunaikanlah hajat anak Abang Din ni. Kira first time la buat untuk orang lain. Kali ni aku prepare 25 cups bersaiz M. Memang cream cheese tu aku letak banyak. Tu yang nampak menggunung. Resepi yang aku guna untuk buat cup cakes ni boleh tengok kat SINI.




Sunday, July 15, 2012

Red Velvet Cup Cakes

Kali pertama buat RED VELVET CAKE, keknya tak berapa menjadi. So kali ni aku nak cuba buat red velvet cup cakes plak. Kebetulan esok ada makan2 kat ofis. So bolehlah try kan! Resepi yang lama macam tak menjadi bila aku cuba. So kali ni aku cari resepi lain yang menggunakan minyak sayuran sebab bila guna minyak konpem kek atau cup cakes akan jadik moist. (Nih aku punya teorilah). Jumpalah BLOG ni. Resepi dia aku ikut petak2 jugak. Jom jenguk resepinya macam mana.


Ingredients
Dry Batter Ingredients
• 1 1/3 cups sifted cake flour (Softasilk). 
(Aku guna Superfine Floor dan doublekan kuantiti) 
• 1 1/3 cups sifted all-purpose flour
• 2 cups sugar
• 2 TBSP unsweetened cocoa powder
• 2 tsp baking powder
• 1 tsp baking soda
• 1 1/2 tsp salt

Wet Batter Ingredients
• 1 cup buttermilk
• 3 large eggs
• 1 cup sunflower seed oil
• 2 TBSP red food coloring
• 1 tsp pure vanilla extract
• 1 tsp distilled white vinegar

Directions
1.    Make Red Velvet Cupcakes:
Adjust oven rack to middle position. Preheat oven to 350° F. Line cupcake pan(s) with cupcake liners. (Yang ni aku guna microwave. Set high temperature). 

2.  Using a stand mixer or electric handheld mixer, mix all dry batter ingredients together in a large mixer bowl. In a separate large bowl, mix together all wet ingredients on low.
3.    Add wet ingredients to dry ingredients 1/3 at a time, mixing in between on low setting. Mix until batter is smooth.
5.    Fill cupcake liners 3/4 full with batter, evenly distributing to all liners. Place pans in oven and bake for 25 minutes for jumbos, 20 minutes for standards, 15 minutes for minis, or until toothpick comes out clean from center of cupcake.
(Aku set untuk satu cup selama 50 saat. So kalo 8 cups sekali masuk dalam 1 minit 30 saat hingga 2 minit). Remove pans from oven and allow cupcakes to cool in pan for 15 minutes. Trying to pick them up out of the pans too early may leave dents in the still soft tops and cup liners. After which, it's best to remove cupcakes and allow them to cool completely on a wire rack or counter before frosting.

Untuk cream cheese aku masih gunakan resepi yang asal dari AZLITA MASAM MANIS.

Cream cheese frosting
125g cream cheese
50g unsalted butter
80g powdered sugar
1 cup fresh cream, whipped until stiff

Cream Cheese frosting:
1. Beat cream cheese with butter until soft.
2. Turn mixer to low speed, add powdered sugar a little at a time. Whisk until well blended.
3. Add whipped cream, stir through with a spatula.

Dan....inilah hasilnya. Taraaa.......memang moist dan boleh tahan berhari2. Simpan dalam fridge pun boleh terasa moist lagik. Maaplah yer kalo deco tak menarik sebab main taram je.



Sunday, July 8, 2012

Buttermilk Chocolate Cupcakes

Buttermilk kalo beli tak leh beli sket2. Mesti sekotak besar. Pulak tu tak tahan lama. Kejap je. Nih gara2 buat RED VELVET CUP CAKES la ni. Boleh je nak buat buttermilk sendiri, tapi sebab dah ke kedai jual barang2 buat kek, so beli la buttermilk sekali. Bila tengok buttermilk tu masih berbaki banyaklah jugak, so aku pun google la cup cakes coklat yang gunakan buttermilk. Resepi asal dari BLOG ni. Kita survey apa bahan2 yang digunakan.

Ingredients

1/2 cup butter, softened
1-1/2 cups sugar
2 eggs
1 teaspoon vanilla extract
1-1/2 cups all-purpose flour
1/2 cup baking cocoa
1 teaspoon baking soda
1/4 teaspoon salt
1/2 cup buttermilk
1/2 cup water
 

FROSTING:

1/2 cup butter, softened

3-3/4 cups confectioners' sugar
2 ounces unsweetened chocolate, melted
2 tablespoons evaporated milk
1 teaspoon vanilla extract
1/4 teaspoon salt
Chocolate sprinkles

Directions


1. In a large bowl, cream butter and sugar until light and fluffy. 
2. Add eggs, one at a time, beating well after each addition. Beat in vanilla. 3. Combine the flour, cocoa, baking soda and salt. Combine buttermilk and water. 
4. Add dry ingredients to creamed mixture alternately with buttermilk and water, beating well after each addition.
5. Fill paper-lined muffin cups two-thirds full. Bake at 375° for 15-20 minutes or until a toothpick inserted near the center comes out clean. (Seperti biasa aku guna microwave high temperature untuk 50 saat bagi satu biji cup cake.)
6. Cool for 10 minutes before removing from pans to wire racks to cool completely.
7. For frosting, in a small bowl, beat butter and confectioners' sugar until smooth. Beat in the melted chocolate, milk, vanilla and salt. Frost cupcakes; garnish with chocolate sprinkles. Yield: 2 dozen.
(Chocolate topping aku beli je yang readymade kat kedai bakery)

Bila dah siap, bagi aku coklat cup cakes tanpa buttermilk is more better la... ;)