Tuesday, January 4, 2011

1st Day Sofiyya at Dzul Iman

Hari ni merupakan hari orientasi pelajar2 baru di Dzul Iman. So aku amik cuti hari ni sebab nak bawak Sofiyya register. Pakaikan Sofiyya baju kurung je sebab uniform belum  dapat lagik. Mula2 happy la sebab suasana baru. Kebetulan ada anak jiran, Kak Jus yang sebaya dengan Sofiyya. Aku agak ok la sebab ada kawan.

Bila dah selesai urusan pendaftaran, ada assembly. Time assembly ni Sofiyya tak nak beratur selagi Ummi dia tak beratur sama.. Pulak dah!. Akhirnya Ummi pun jadiklah budak 4 tahun jugak beratur belakang Sofiyya. Nasib ustazah dah suh duduk. Kalo tak akulah gergasi kat assembly tu. Khaireen anak Kak Jus elok plak duduk dalam barisan.

Selesai assembly kena masuk kelas. Kelas sofiyya kat tingkat bawah je sekali dengan budak umur 3 tahun untuk play school. Mula2 hantarlah dia masuk dalam sampai ke kelas. Pastu bawak dia bermain mainan yang ada kat bilik tu. Bila nampak dia dah asyik bermain, pelan2 aku keluar. Tapi dah pesanlah beg dengan botol air dia simpan kat mana.

Ingatkan tak sedar, aku dah sampai kat luar, dia nampak ikut tingkap aku keluar, hah...pakat nanges semahu2nya. Sedih jugak tengok dia menangis2 nak ikut balik. Ustazah dia cakap takpe nanti lama2 dia diam. Nanti pukul 12 datang semula amik dia. Budak2 kalo kat tempat baru memang akan buat perangai.

Dengan berat hatinya aku baliklah umah. Tepat kul 12 aku dah terpacak kat depan pintu. Nampak Sofiyya ok je duduk main dengan budak2 lain. Kira dah berjaya la kot. Tanya ustazah Sofiyya nanges lama tak sepeninggalan aku tadi, ustazah dia cakap kejap je. Lepas dah pujuk dia dah ok. Lega hati ni dengar.


Registration time
Beg Iman lagik besar dari tuannya
Hari ni saya bersekolah kindy 4 tahun walaupun umur saya baru 3 tahun 4 bulan
Kawan sekelas Sofiyya
Nanges budak nih tak nak g school

 

Assembly Ummi pun kena join sekali
Kak Jus pun sama
 


Persembahan budak2 6 tahun
Tak nak masuk kelas
Dah masuk kelas pun nanges jugak

Ustazahlah kena pujuk
Dalam kelas Ummi teman kejap


Saturday, January 1, 2011

Karaoke Di Tahun Baru

Cuti tahun baru 2011, kitaorang takde plan nak ke mana pun sebab pagi tu ada kursus Khalifah Parenting di Dzul Iman sampai lunch. Abis kat situ tatau nak ke mana bagilah cadangan kat Abang untuk pergi karaoke kat New Box KTV USJ 19 Mall. Abang pun setuju memandangkan dah lama jugak kitaorang tak pergi asah suara. Amik pakej lunch untuk Sabtu selama 3 jam. Sofiyya pun siap nyanyi lagu yang tau. Tapi bukan versi karaoke la. Saje2 suruh dia nyanyi guna mike. Dia pun  nampak excited sebab tiba2 suara jadik kuat.

Suasana bilik yang sesuai untuk 5 orang. Ekon pun sejuk
 

Nyanyi penuh perasaan. Tapi aku boleh nyanyi sambil duduk....hehehe
 


Tapi Abang nak nyanyi kena berdiri nanti tone tak sampai


Bagi Sofiyya nyanyi pulak



Friday, December 31, 2010

Khairyna Sofiyya - 3 Years

Jom layan gambar2 Sofiyya yang berumur tiga tahun. Nih kira gambar sepanjang tahun yang aku kumpul2 dan tempek kat sini.

Minah rempit ke ni?
Pandai ke main organ?

Jadik princess...siap dengan earings
 

Muka frust
 

Sofiyya tak gayat. Sampai abis tangga dia panjat.
Tertido sebab menunggu angah tak sampai2 nak tunjuk kasut baru

Saturday, December 25, 2010

Clay Art

Buat pertama kalinya Heitech mengadakan kelas Clay Art untuk anak2 kelab kakitangan bertempat di Clay Expression di USJ. Sebagai ahli kelab, kitaorang kena bayar RM10 sahaja untuk seorang anak. Kalo ada 3 orang anak maknanya RM30 la. Selebihnya kelab akan bayar.

Aku pun tak berape tau clay art ni macam mana sampailah aku datang ke kelas ni. start pukul 8:30 pagi sehingga siap. Ada cikgu lah yang ajar. Satu meja dalam 4-5 orang kanak2. Sofiyya kena buat mangkuk start dari base sampailah jadik mangkuk. Tapi disebabkan orangnya penggeli, nak suh gentel clay tu pun tak nak. Tapi bila dah banyak kali suh dia buat, akhirnya Sofiyya ok jugak.

Tapi biasalah budak2 ni, fokus drang pada satu2 benda tak boleh lama2. Lagik pun ada anak2 Kak Jus yang merupakan kawan2 satu tadika memang jadik la. Last2 mak pak yang sibuk buat clay ni. Tapi bukan aku je...hampir semua peserta bila dah 2 jam terakhir tu adalah mak bapak. Anak2 dah sibuk lari sana sini.

Bila dah siap, kena tulis nama kasi tak tertukar dengan orang lain. Pastu orang Clay Art ni akan bakar dan kalerkan warna yang sesuai. Bila selesai nanti, kelab akan pas semula kepada parent.

Kak Jus dan anak2
Tangan kecik tu duk menggentel
Ummi pun tolong jugak
Pastu papa plak
Ramai peserta nih
   



Buat base dia dulu
 


Sikit lagik nak siap...nak letak tapak
 


Dah siap buat dan tunggu yang lain siap
 



Bila dah lapar mamam la
Antara yang dah siap
 

Nurul dan family