Sunday, May 1, 2011

Snow Walk I-City 2011

Sebenarnya aku tatau pun kewujudan Snow Walk kat I-city nih. Kebetulan tengah bukak FB adelah member komen kat kawan dia punya gambar. Owner dia plak takde restrict kan gambar tu untuk kawan-kawan dia je. so aku pun leh la tengok sebab nampak cam menarik je tempat tu. Baca komen2 kat situ rupanya kat I-City je.

Apa lagik terus tanya Mr. Google. Jumpalah schedule dia, lokasi dia yang tepat sebab I-City kan besar. Sebelum tu kononnya nak pegi bertiga je... tapi bila Abang cakap cik Radhi dan Cik Burn nak datang jenjalan kat KL, so kitaorang pun plan la nak bawak pasangan pengantin baru 3 bulan ni ke tempat sejuk ni.

Bertolak dari rumah dalam pukul 10 pagi sesudah breakfast. Sampai sana dalam pukul 10:30 pagi. Tempat ni bukak dari pukul 10:30 pagi hingga tengah malam. Oleh sebab kitaorang masuk sebelum pukul 12 tengahari, so dapat diskaun untuk rege tiket. Dari RM25 seorang jadik RM15. Salah satu sebab lagik ialah tempat ni baru bukak so ni kira harga promosi la.

Masuk dalam kawasan Snow Walk kitaorang disuruh pilih baju coat yang berkenan dihati. Pastu sebelum masuk dah diberi pesanan kalo pakai selipar memang kena tukar kasut sebab takut licin. Kasut dia ni plak kena sewa RM10 sepasang. Tak kira lah kecit besar semua sama harga walaupun berlainan saiz. Kalo nak beli stokin dengan glove pun ada.

Kat sini tak macam kat Genting Highlands yang bayar semua dapat termasuk kasut, stokin dan glove. Sini banyak add-on so banyak la duit nak kena keluar kalo tak prepare. Better bawak siap2 dari rumah.

Hologram yang dilekat kat lengan ni boleh pakai untuk sepanjang hari selagi tak tertanggal. Kalo nak kuar masuk kebuk wasap ni 10 kali pun boleh lagik. Tapi kat dalam memang sejuk gilerr... -5 darjah celcius. Beku tangan. Memang kena kuar jugak kejap2. Kitaorang 3 kali keluar masuk kebuk wasap ni. Kemra Abang sampai berwap. Lepas tu simpan je dalam beg takut makin teruk.

Dapatlah main segala mak nenek yang ada kat dalam tu. Semua masih baru dan belom rosak lagik. Kebetulan waktu pagi memang tak ramai orang. So bolehlah Q banyak2 kali. Asyik2 muka kitaorang jek.. hihihi. :D

Boleh pilih nak sweater kaler pe..
Iman dengan Sofiyya dan ready!

Bergambar dulu kat replika snow man
Romantiknya Cik Radhi dan Cik Burn

Last2 sweater hitam jugak yang sesuai
Blom masuk dah sejuk ke bang??



Me with Abang

Dalam snow walk


 

Sofiyya naik mendalah ni...tak berat nak dokong..hehehe
 

Tengok lens kemra sampai kelabu asap jadiknya. Sejuk sangat!
Keluar kejap sebab tak tahan. Sian kat budak2 ni

Iman siap kena flu
Gambar family kat pintu masuk

Masuk semula. Atas kapal bongkah ais
Bertiga plak
Abang dah berbungkus muka. Tangan la yang tak tahan sejuk sebab takde glove

Sofiyya pun dah kesejukan
Cik Burn masuk sorang je kali ni. Cik Radhi temankan Iman yang tak larat dah nak masuk

Dah puas duk dalam kebuk ais tu, bawak budak2 main kat sini plak
 



Ok..dah nak gerak balik

Singgah lunch kat Ayam Penyet Sunway Mentari. Perot dah berkecorong!


Akhirnya Sofiyya tertido jugak


Saturday, March 26, 2011

Taman Tasik Cyberjaya 2011

Kitaorang ni tak pernah pun amik gambar outdoor photoshoot dengan mana2 kemramen. Kebetulan belek2 email dari Groupon jumpalah promosi ni. Bila pikirkan memang murah lah sebab dengan hanya RM42 untuk 1 jam outdoor photoshoot untuk 3 orang, kitaorang dapat unlimited foto tanpa edit selama 1 jam, 1 keping gambar bersaiz 8R dan 1 keping bersaiz 5R sekali dengan CD dan 10 keping gambar edit.

Lokasi telah ditetapkan seperti Taman Tasik Titiwangsa, Taman Tasik Perdana atau Putrajaya. Kitaorang telah memilih Putrajaya. Tapi tempat bertukar bila fotografer call kitaorang hari kejadian tu untuk maklumkan lokasi yang lagi menarik iaitu di Cyberjaya. Kitaorang tak kisah...mana2 pun ok. Janji gambar cantik.

Props semua kitaorang bawak sendiri. Bak kata fotografer tu kalo ada adiah props terbaik konpem family kitaorang dapat. Cantiklah gambar yang dia amik. Kalo rasa2 nak pakai fotografer ni boleh la visit FB dia.


Sofiyya yang malu2
Kemra mainan pun bawak
Bola pun ada
Siap dengan payung
 

Mainan bubble pun adaa..
Basikal pun kitaorang angkut sekali
 




Suap kat ummi
Bawak bekal biskut ikan kecit
 


 


Love this picture!


Sunday, March 20, 2011

Hot Air Balloon 2011

Kalo dah keje kat Putrajaya..selalunya malas nak menghadiri apa2 aktiviti yang diadakan kat sini. Termasuklah Hot Air Balloon. Tapi kali ni terasa terpanggil untuk tengok sendiri suasananya macam mana. Kalo dapat naik belon lagik best.

Tempat2 cenggini mana de yang tak ramai orang. Konpem penuhnya. Kebetulan lokasi belon panas ni berdekatan dengan JPN. Dan aku sebagai vendor memang dapat parking kat basement bangunan JPN ni. Oleh sebab parking pun penuh dan crowded.. kitaorang parklah kat JPN dan jalan kaki ke tempat belon panas. Takde lah jauh sangat berjalan kaki tu.

Pegi pun dah petang adalah 2,3 belon yang dah tutup api sebab nak balik. Tapi yang kat udara pun masih banyak lagi. Kalo tak silap tiket untuk naik belon panas RM10 sorang. Sebab aku pun tak naik, so tatau la rege sebenar. Macam2 bentuk belon panas yang ada. Tapi sakit leher asyik nak dongak ke langit jek..huhuhu.

Belon-belon berterbangan walaupun hari macam nak hujan
Menapak ke lokasi belon panas

Punyalah nak amik gambar sampai mencangkung atas tembok

Belon ni dah siap bungkus
Sofiyya yang tak nak jalan

Bentuk kapal torobang pun ada