Thursday, June 28, 2012

Chocolate Moist Cup Cakes With Ganache Topping

Mood rajin untuk membaking dah sampai. Sementara bahan2 untuk membuat kek ni ada kat rumah, so kali ni aku plan untuk buat cup cakes coklat lembab pulak. Memandangkan Sofiyya pun memang suka kek coklat. Ini yang membuatkan aku lebih rajin. Resepi asal aku lupa dari blog mana. Sorilah yer empunya resepi. 

Bahan - Bahan :-

3 - BIJI TELUR
2 - CAWAN GULA
1 - CAWAN MINYAK MASAK (Aku guna minyak jagung)
1 - CAWAN SUSU CAIR
1 - CAWAN AIR SUAM PANAS
1 - CAWAN SERBUK KOKO
1 - SUSD TEH SODA BIKARBONAT
1 - SUDU TEH SERBUK PENAIK
1 - SUDU BESAR PERISA COKLAT (Aku gunakan serbuk nescafe)
2 - CAWAN GANDUM (Aku guna tepung Superfine)

Cara - Cara :-

1. Blend gula dan telur.
2. Masukkan gula dan telur yang sudah sebati kedalam pengadun.
3. Masukkkan minyak, susu cair, air suam, serbuk koko..kacau hingga sebati.
4. Sekarang masukkan coklat emulco or perisa coklat..ia membuat kek menjadi lebih hitam pekat
5. Masukkan tepung bersama soda bikarbonat dan serbuk penaik.
6. Tuangkan ke dalam acuan and kukus or bakar dalam microwave. (Aku guna microwave suhu tinggi selama 50 saat untuk cup cakes saiz M)

Untuk coklat ganache, aku rujuk kepada BLOG ni.

Bahan - Bahan :-
300 gram dark coklat/coklat masakan
150 ml whipping cream
1 sudu besar butter
Manik Urai (Aku tambah)
 
Cara - Cara :-
1. Cairkan coklat guna kaedah double boiler.. pastu masukkan butter.. kacau sampai larut.
2. Pastu baru tuang whipping cream.
3. Siapppp.. dah boleh tuang atas kek.

Inilah hasilnya. Untuk dibawa makan2 ke ofis.





Saturday, June 9, 2012

Tiramisu Simple

Semalam dah buat PAVLOVA. Kali ni aku nak cuba buat Tiramisu plak. Almaklumlah...rumah aku tengah ramai orang dengan Ma, Abah, Amir dan Farah. Tu yang meluap2 nak buat sesuatu untuk diaorang ni. Resepi asal dan tutorial dari BLOG ni. Jom tengok bahan2 yang digunakan. Senang je ni tak perlu nak bakar2. Simpan dalam peti ais je.

Bahan - Bahan :- 
Kek Sponge (Aku beli kek gulung perisa coffee)
250ml whipping cream. 
250grams cream cheese
Serbuk koko
Serbuk Nescafe (Bancuh dengan air panas tanpa gula)
1 sudu teh Esen Vanila
1/2 cup gula castor
Cara - Cara :-
1. Masukkan cream cheese dan whipping cream dalam bekas mixer
2. Masukkan esen vanila diikuti gula castor.
3. Putar semua bahan2 tersebut sampai sebati semuanya. Guna kelajuan paling rendah dulu.. pastu slow2 tingkatkan kelajuan.
4. Masukkan bancuhan nescafe dalam bekas kecik. Nih untuk basahkan kek yang dah siap potong.
5. Masukkan kek yang telah basah dengan nescafe ni ke dalam bekas kecik. Mudah untuk dimakan sebenarnya.
6. Letak cream cheese di atas kek, pastu masukkan kek dan akhir sekali dengan cream cheese. Buat dua lapisan.
7. Tabur serbuk koko diatas lapisan terakhir cream cheese tadi.



Friday, June 8, 2012

Pavlova

Bila cuti dan duduk rumah ni... memang bosan sebenarnya. Sebab orang berpantang makan tido je la kejenya. Parent pun ada kat rumah teman aku yang berpantang ni. Apa lagik memang goyang kaki la. Bila dah macam ni apa lagik...menggoogle lah aku mencari resepi2 yang best. Kebetulan time ni tengah glamer dengan Pavlova. So cari2 resepi yang siap sekali dengan tutorial. Tutorial asal dari BLOG ni. Jom tengok bahan2 untuk buat Pavlova ni.

Bahan - Bahan :-
4 biji putih telor ayam (Bukan dari peti ais)
3/4 cawan gula
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh cuka makan
1/2 sudu teh esen vanila
  
Cara - Cara:
1. Putar putih telor pada kelajuan tinggi dengan mixer dan pukul sampai putih telor tu gebu (soft peaks). 
2. Langkah seterusnya, dengan kelajuan tinggi jugak, masukkan gula kastor sikit demi sedikit.. Jangan berenti putar tau.. sambil masukkan gula sambil putar.
3. Putar sampai kental.. dalam keadaan mixer masih berputar, masukkan 1 sudu besar tepung jagung ke dalam adunan tersebut.. putar lg 3 minit.
4. Bila dah sebati, stopkan mixer.. kali ni kita dah tak payah pakai mixer dah.. kita gunakan spatula pulak.
5. Langkah seterusnya lagi, dengan menggunakan spatula masukkan cuka dan esen vanila. Yang ini dipanggil meringue.

6. Pastu kaup balikkan meringue tersebut sampai adunan sebati.. kaup balik dgn lemah lembut.. jgn ganas2 sgt.. kalau boleh pusingan spatula tu satu arah je..
7. Masukkan la dlm oven.. letak kat rak tengah2 tau.. suhu antara 120 - 100 darjah celsius.. bakar selama 1 jam 15 minit. (Aku guna microwave suhu tinggi selama 5 minit)
8. Bila dah cukup 1 jam 15 minit, sila JANGAN kuarkan pavlova tu dr oven.. biar jap beliau sejuk dlm oven tu dgn keadaan pintu oven sedikit renggang..

Bahan - Bahan Topping :-
250 ml whipping cream (Aku guna whipping cream yang jenis spray je. Spray terus atas pavlova)
Buah2an seperti kiwi, anggur, strawberry dipotong kecik2

Cara - Cara:-
Putar whipping cream dgn kelajuan tinggi.. putar sampai kental.. lama gak nak jd kental tau.. dlm 10-15 minit gak kot aku putar.  


Saturday, May 26, 2012

Library Shah Alam 2012

Sebenarnya hari ni plan nak pergi shopping kat Sogo selepas pergi check up kat Columbia Asia Puchong. Tapi ada berita tidak gembira yang kami dapat masa pergi check up pregnancy. Dr Raja Juhaidah bagitau berkemungkinan kandungan aku tidak menjadi kerana saiz embrio yang tidak normal pada usia 8 minggu dan tiada degupan jantung. Embrio itu seolah2 tidak membesar.

Ya Allah...besarnya dugaan dariMu ini. Sesungguhnya aku memang berharap kandungan aku kali ni berjaya sehingga lahirnya zuriat ini ke dunia. Kalo betul la tiada rezeki, ini keguguran aku untuk kali kedua. Dari perasaan gembira kerana dah mengandung, terus mood tu jadi sedih. Dr Raja Juhaidah meminta kami untuk datang semula minggu depan untuk pengesahan. Dia bagi option pada aku samada ingin keguguran itu berlaku dengan sendirinya atau pun menjalani proses DNC.

Oleh sebab ini kali kedua keguguran aku, so Dr Raja sarankan kami supaya membuat ujian kromosom. Ujian kromosom ini adalah untuk mengesan kecacatan DNA embrio jika ada. Tapi kalo nak buat ujian ni kenalah melalui proses DNC sebab embrio tu akan diambil dan terus di bawa ke lab untuk ujikaji.

Bukan mood aku je berubah, mood Abang pun sekali. Itulah sebabnya kami ke Library Shah Alam ni. Lagi pun Sofiyya dah sebut2 nak datang sini sebab ada kawan sekolah dia yang bercerita dah datang ke sini. Aku terfikir, apalah nak diceritakan pada Sofiyya baby yang dia harapkan untuk jadi teman bermain dah takde. Sedih aku memikirkan pasal hal ni. Dah dua kali harapan si chomel ni musnah.

Kat library ni jugak aku tepon ma bagitau citer sebenar. Ma terkejut jugak tapi nak buat macam mana. Belum rezeki kami. Sejam je kami kat sini lepas tu terus cari tempat lunch dan balik rumah. Nak ke mana kalo mood pun sedih je... :'(


 




Berangan sorang2

Monday, May 7, 2012

Yu Kids Island 2012

Hari ni plan nak pergi window shopping je. So tempat yang kami pilih ialah The Curve. Selalu kalo pergi IKEA singgah IKEA je la. Dah beli barang terus balik. Tak singgah pun kat sini walaupun depan mata je. Dah jenjalan ke sini nampak tempat permainan kanak2 Yukids Island. Sofiyya la nak main sangat. So masuk sini dengan harga RM30 per entry. Nak masuk dalam semua kena pakai stokin. Kalo takde stokin kat kaunter registration ada jual RM3 sepasang. Budak2 punya RM2 sepasang. Kat sini kalo ada barang berharga boleh simpan kat locker. Tapi locker ni limited. Sape cepat dia dapat.

Muka happy sebab dapat main




Locker untuk simpan barang






Kaunter Pendaftaran


Anak main, maknya FB la

Monday, April 30, 2012

Mandi Pool Dengan Asyadeya

Budak2 bila dah janji kena tunaikan. Sama kes macam Sofiyya la. Angah dia (Adik aku, Amir) dah janji nak mandi pool dengan Asyadeya (Sepupu Sofiyya). Kebetulan diaorang baru balik bercuti dari Melbourne. So memang tido kat rumah aku. Ma dengan Abah pun ada sebab kitaorang pun baru balik bercuti dari CAMERON. Apa lagik, semua dah ada, janji perlu ditepati...terjun tiruklah budak2 nih.





 

Atuk pun turun sekali tengok cucu2 dia mandi
 


Cameron Highlands 2012 - Day 3

Hari ketiga memang plan nak check out awal sebab OTW balik nak singgah Pasar Brinchang. Lepas breakfast dalam pukul 10:30 pagi terus check out. Masa nak kuar dari Strawberry Park tu singgah lah ada taman kat Resort ni. Sebelum ni takde kesempatan pun.

Pastu singgah Pasar Brinchang beli sayur, buah jambu yang diawet dengan kaler hijau dan merah, dan tak lupa mintak Abang belikan bunga. Hehehe. Bukan dia yang beli, tapi aku yang request. Hmmm... :|. Gerak dari sana dalam pukul 11:30 pagi dan lalu jalan sama masa pegi jugak. Kitaorang singgah solat Zohor kat Petronas Simpang Pulai dan lunch kat R&R Tapah. Sampai USJ dalam pukul 4:30 petang.

Nih semua facilities yang ada kat Strawberry Park


 
Sofiyya amikkan gambar Ummi
 


Saturday, April 28, 2012

Cameron Highlands 2012 - Day 2

Hari kedua di Cameron, lepas je breakfast terus gerak ke Brinchang. Dah survey tempat2 menarik untuk dilawati kat sini. Mula2 sekali kitaorang pergi Taman Rama-Rama. Bayar tiket RM 5 untuk dewasa dan RM 2 untuk kanak2. Yang ada kat sini ialah Rama2 dan haiwan2 eksotik dalam akuarium. Pastu pokok2 kaktus. Abah cakap membazir je  datang sini sebab tak banyak yang menarik pun.

Sebelah Hotel Equitorial tu ada ladang strawberry. So singgah lah sini. Hajat nak memetik starberry tapi bila tengok kena bayar belas2 RM untuk berape ratus gram strawberry terus tak jadik nak masuk. Beli strawberry je kat situ dan lepas gian dengan amik gambar dari luar. Lepas tu kitaorang ke Rose Valley melalui Pasar Brinchang. Rose Valley ni harga sama macam Taman Rama-Rama. Tapi lebih worth it la bak yang Abah cakap. 

Kat Kea Farm ni ada pelbagai bunga2an...orang romantik macam aku ni mestilah suka tempat ni... ahakss. ;) Selain daripada tu banyak juga replika. Pastu boleh mendaki sampai puncak bukit Brinchang dan boleh lihat sekitar bandar Brinchang. Masa tu dah pukul 1 tengahari. Tapi sebab cuaca sejuk, panas pun tak terasa. Dari atas, kitaorang nampak jalan utama Cameron jem dengan keta. Memang langsung tak bergerak. Kira ramailah yang baru sampai sini sempena weken. Nasib baiklah semalam lagi kitaorang dah sampai. Kalo tak, sama2 sangkut dalam jem.

Dah penat mendaki kat sini, kami jalan2 kat pasar brinchang. Tengok sayur2an yang ada kat sini. Geram je nak beli tapi mikirkan esok nak balik, so beli je la esok. Kitaorang balik hotel dalam pukul 4 petang. Petang tu rilex dalam bilik hotel je. Malam kitaorang keluar makan di Bandar Brinchang. Google tengok tempat makan yang best pastu jumpalah tempat makan ni. Nama dia Pak Nik Ikan Bakar dan Tomyam.

Dah lah parking susah kat sini, 3 kali kitaorang tawaf bangunan2 kat sini. Akhirnya dapat jugak parking kat sebelah tong sampah. Bau boleh tahan tapi sebab nak dekat bolehkan aje sebab ada orang tua. Tempat ni nampak menarik tapi aku rasa servis kurang la. Masa time kitaorang p makan tu, tempat duduk semua penuh. Pastu ode kami, sejam lepas tu baru dapat. Sofiyya sampai dah tertido. Nak kata murah, tak la murah sangat.

Lepas dinner, kitaorang jalan2 ke pasar malam Brinchang. Banyak yang dah tutup sebenarnya sebab dah lewat. Aku beli daun Stevia kat kedai2 kat situ. Saje nak cuba sebagai pengganti gula. Masa ni sejuk sangat. Bercakap pun kuar wap. Rasa macam bawah 23 degree kot. Pastu terus balik hotel beradu di kayangan.

Taman Rama-rama
 





 








Sempat meninggalkan jejak kat kaktus
Kebun Strawberi

 

Rose Valley



 










Kebun2 sayur
 



Boleh nampak seluruh Bandar Brinchang



Ngeri kalo nak lalu kot sini
 


Kat puncak Bukit Brinchang