Tuesday, August 20, 2013

G4P1+2 - 21 Weeks

Hari ni checkup 5 bulan @ 21 weeks. So hari ni turn untuk amik darah setelah checkup bulan lepas Dr Hamizah kesian nak amik disebabkan badan aku susut. Maklumlah berpuasa... tapi berat kali ni pun takde lah naik mencanak2.Tambah sekilo je dari bulan lepas. Ok la tu ada kenaikan sikit.

Sofiyya je temankan aku sebab Abang keje petang. Ingatkan bawak Sofiyya teman dapatlah gambar baby yang Dr scan. Rupanya taktik aku tu tak laku. Tapi aku pun tak cakap kat Dr Hamizah mintak print gambar. Bulan ni Dr Hamizah seakan mengesahkan jantina baby iaitu boboi. Nampak jelas anu dia sebab masa scan duduk terkangkang...heheheh.

Ukuran baby memang sepadan dengan 25 minggu. Dah la aktif masa scan sampai Dr Hamizah cakap duduk tak diam budak ni... :D Tak pasal2 baby kena marah dengan gynae. Amik darah dalam 1 tiub syringe yang besar tu. Total kos hari ni RM130 beserta obimin. Agak mahal jugak ye kalo time amik darah ni. Tapi memang dah prepare duit siap2.

Mood rini memang happy la sebab bakal dapat sepasang. Alhamdulillah... :D

Saturday, July 20, 2013

G4P1+2 - 16 Weeks

Hari ni checkup 4 bulan @ 16 weeks bersamaan hari kesebelas kita berpuasa. Patutnya hari ni nak kena amik darah tapi disebabkan Dr Hamizah nampak aku macam susut je so dia kesian nak amik. Dah la berat naik setengah kg jek... Takat ni aku masih berpuasa penuh lagi. Alhamdulillah... siap masak untuk sahur dan berbuka tanpa fail takat hari ni... :)

Dr Hamizah check baby semua nampak normal perkembangan dia. Siap aku tanya dah nampak jantina lom... Dr cakap awal lagi tapi dia mengintai2 jugak la. Dia nampak seolah2 macam boy sebab anu dia macam kecik. Kira baru nak jadik. So nanti bila dah 20 minggu baru boleh konpem. Baby pun aktif je bergerak. Aku sebenarnya dah start merasa pergerakan baby sejak minggu ke 15 lagi. Maybe sebab dah pernah ada pengalaman kot.. tu yang kali ni cepat je terasa baby gerak.

Fetus @ 16 weeks



Saturday, July 13, 2013

Iftar 3 Ramadhan 1434

Menu untuk berbuka hari ini ialah Nasi Ayam Hainan. Resepi turun temurun sejak dulu boleh BACA kat sini. Biasanya selalu pakai salad, tomato dan timun kan. So kali ni tukar salad dengan taugeh ala2 The Chicken Rice Shop. Ha yang ni belom ada resepi dalam entry yang lama.

Taugeh Ala TCR

Bahan - Bahan (Untuk 2 orang makan) :-
2 genggam taugeh
2 sudu besar stok ayam/1 kiub pati ayam
1/2 sudu teh minyak bijan
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil tepung jagung
1/2 cawan air
1/2 sudu kecil kicap manis
Air panas untuk celur taugeh
Cili Merah
Bawang Goreng
Daun Bawang (Optional)
Garam

Cara-cara:-

1. Celurkan taugeh di dalam air panas untuk seketika. Angkat dan toskan.
2. Dalam kuali atau periuk kecil, masukkan air, stok ayam/kiub ayam, kicap dan minyak bijan. Masak sehingga mendidih.
3. Apabila mendidih, masukkan tepung jagung yang dah dibancuh dengan air. Sebatikan dengan garam secukup rasa.
4. Taugeh yang dah ditos tadi disiram dengan kuah stok ayam kemudian ditaburkan dengan hirisan cili merah dan bawang goreng/daun bawang.
5. Akhir sekali taburkan serbuk lada sulah. Siap untuk dimakan.

Nasi Ayam Hainan

Taugeh Ala TCR

Thursday, July 11, 2013

Iftar 2 Ramadhan 1434

Hari kedua ramadhan masih menu nasi berlauk. Hari ni aku masak simple2 je. Jom tengok menu apa untuk berbuka hari ini.


Masak Lemak Telur

Bahan - Bahan (Untuk 2 orang makan) :-

4 biji telur ayam (Direbus)
5 ulas bawang merah (Dikisar)
2 ulas bawang putih (Dikisar)
1 ulas bawang besar (Dipotong 4)
Segenggam suhun (Direndam terlebih dahulu)
Santan Kotak
1 sudu kecit serbuk kunyit
Air
Minyak
Garam

Cara - Cara :-

1. Tumiskan bahan2 yang telah dikisar sehingga naik bau.
2. Masukkan santan kotak. Tambahkan sedikit air supaya tidak terlalu pekat.
3. Apabila santan dah mendidih masukkan bawang besar, serbuk kunyit dan suhun.
4. Masukkan telur dan perasakan dengan garam. Siap untuk dihidang.




Masak Lemak Telur

Kerabu Kacang Panjang

Bahan - Bahan (Untuk 4 orang makan) :-

Separuh ikat kacang panjang (Dipotong kecik2)
1 biji tomato (Dipotong Dadu)
3 biji cili padi (Dipotong Dadu)
2 ulas bawang merah (Diracik halus)
1 batang bunga kantan (Diracik Halus)
2 SB cuka
Garam
Gula

Cara - Cara :-

1. Masukkan cuka, garam dan gula. Gaul sehingga sebati dan secukup rasa.
2. Masukkan semua bahan2 yang telah dipotong dan gaul sehingga sebati. Siap untuk dihidang.


Kerabu Kacang Panjang




Wednesday, July 10, 2013

Iftar 1 Ramadhan 1434

Salam Ramadhan untuk semua ummat Muhammad. Semoga ramadhan kali ini lebih bermakna untuk kita semua. Kali ini aku berpuasa sambil berbadan dua. Pernah sekali pada tahun 2011 tapi rezeki itu bukan milikku kerana keguguran selepas raya. Bukan sebab salah makan, jatuh atau apa tapi disebabkan blighted ovum. Kiranya cam kandungan tak jadik la.

3 bulan dapur umahku tak berasap sebab asyik muntah2 je. Memang pantang la dengan bau2an. So kali ni bila kandungan dah masuk minggu ke 15, muntah2 tu dah ok sket. Memang bersemangat untuk bersilat kat dapur kali ni. Untuk hari pertama berbuka puasa, aku masak dua menu je iaitu kangkung goreng belacan dan udang masak tanjung. Untuk sahur pagi tadi aku masak kari ikan merah dengan bendi tapi gambar lupa nak snap. Menu sahur tu ada lebihan so bawak sekali untuk berbuka posa. Jom tengok apa resepi yang aku gunakan untuk berbuka hari ni.



Kangkung Goreng Belacan

Bahan - Bahan

Seikat kangkung (Potong dan asingkan batang dan daun)
1 SK belacan yang dah siap dibakar
4 ulas bawang merah (Ditumbuk)
2 ulas bawang putih (Ditumbuk)
5 batang cili padi (Ditumbuk) - Kalo suka pedas, boleh tambahkan cili padi
Segenggam bilis (Rendam dengan air panas dan tumbuk kasar)
Sedikit Air
Garam
Minyak

Cara-cara:-

1. Panaskan minyak. Tumis bahan2 yang telah ditumbuk seperti bawang, cili padi, belacan dan bilis sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan sedikit air dan perasakan dengan garam.
3. Masukkan kangkung. Masak sehingga kangkung layu. Siap untuk dimakan.



Kangkung Goreng Belacan

Udang Masak Tanjung (Resepi dari ofismate Kak Zue)

Bahan - Bahan

1/2 kg udang besar
10 batang cili merah
1 batang serai
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu serbuk kari daging
2 sudu cuka
Daun Kari
Garam
Gula
Minyak

Cara - cara

1. Kisar cili merah, bawang merah, bawang putih dan serai.
2. Panaskan minyak. Masukkan udang dan goreng hingga separuh masak. Angkat dan toskan.
3. Menggunakan minyak gorengan udang tadi, masukkan daun kari dan tumis bahan2 yang telah dikisar sehingga naik bau.
4. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air.
5. Masukkan cuka, garam dan gula sehingga secukup rasa.
6. Masukkan udang yang telah digoreng dan gaulkan sehingga sebati. Masak sekejap. Siap untuk dihidang.

Udang Masak Tanjung


Saturday, July 6, 2013

Birthday Abang - 32 Years

Dalam ENTRY sebelum ni hanya ucapan je untuk Abang sempena besday dia. Sofiyya pulak sibuk nak tiup lilin walaupun bukan besday dia. Hari ni memang shopping kat Mydin beli lauk pauk sempena ramadhan rabu ni. Semangat nak masak ni setelah 3 bulan dapur tak berasap gara2 morning sickness.

Last2 aku bagi idea beli kek untuk Abang walaupun dah lewat beberape hari. Tapi dengan syarat keknya Sofiyya yang pilih sendiri. Bertuah punya anak! Papa pun layankan aje. So dapatlah kek Hello Kitty untuk birthday papa. Syarat seterusnya Sofiyya nak potong kek dan tiup lilin sekali dengan papa. Hmm...dah sah2 macam besday dia. Tak pelah janji bahagia nakk oii...

Kek Hello Kitty yang Sofiyya pilih

Nak potong sama2 dengan papa







Thursday, July 4, 2013

Ucapan Hari Lahir ke 32 Untuk SuamiKu

Entry hari ini khas untuk suamiku sempena hari lahir suamiku yang ke 32....Hanya sempat wish melalui SMS je sebab hari ni Abang masuk keje pukul 7 pagi. So seawal pagi dah keluar. Malam tadi nak tunggu pukul 12 malam mata ni dah tak tertahan sangat. Berbadan dua memang penatnya lain macam sket.

Ucapan untuk Abang Tersayang sempena hari lahirnya...


Abang,

Selamat Menyambut Hari Lahir Yg ke 32.
Semoga panjang umur dan dmurahkan rezeki,
Semoga hidup sentiasa dirahmati ALLAH S.W.T,
Semoga dikurniakan kesihatan sentiasa,
Semoga menjadi suami yang terbaik,
Semoga menjadi seorang suami yang tak lupa tanggungjawab,
Semoga ikatan perkahwinan kita kekal sepanjang hayat

Terima kasih kerana menyayangi dan mengasihi diri ini seadanya. Terima kasih juga kerana sama2 mengharungi hidup yang penuh cabaran dan dugaan ini. Moga kita sama2 sabar dan tabah dalam melayari alam rumahtangga juga dalam mendidik dan membesarkan permata hati kita. Please keep us in your heart always...Sayang Abang selamanya....MMMuuaahhh!!

Ikhlas dari IsteriMu. 




Tuesday, July 2, 2013

Doa Untuk Mengelakkan Keguguran

Oleh kerana aku pernah melalui pengalaman keguguran sebanyak 2 kali sebelum ni, jadi untuk pregnancy kali ni aku lebih berhati2. Masalah yang aku hadapi untuk kandungan2 sebelum ni ialah yang pertama ialah blighted ovum dan yang kedua embrio tiada heartbeat. Bukan disebabkan rahimku tak kuat tapi maybe kedua-dua janin ini tidak normal. Lumrahnya akan tidak menjadi kehamilan tersebut.

Aku pun mencari2 di dalam Internet sekiranya ada doa2 yang boleh dibaca untuk mengelakkan keguguran. Kebetulan memang ada sebenarnya yang aku sendiri tatau. Sorry kepada tuan punya blog sebab aku lupa nama blog yang menulis doa2 ini. Tapi bukan dari satu sumber, ade lah beberapa blog yang bercerita berkenaan doa ni. So, aku kumpulkan kesemuanya untuk dijadikan amalan selepas solat semenjak kali pertama aku tahu yang aku pregnant. Oh ya... aku mempunyai retroverted uterus atau dalam bahasa kita orang panggil rahim terbalik. Tapi berdasarkan apa yang Dr. Hamizah bagitau, ianya hanya variasi kepada bentuk rahim seseorang dan tak memberi kesan kepada seseorang untuk mengandung.

Doa-doa yang boleh di amalkan untuk mengelakkan keguguran ialah :-

1. Surah al-Hijr: 15: 97-99


2. Surah An-Nahl : 126 -128


3. Surah Yunos : 31



Baca doa-doa ini selepas selesai solat fardhu sambil memegang perut. Kita hanya meminta kepadaNya dan Dialah penentu segalanya. Alhamdulillah... minggu ni merupakan minggu ke 14 kandungan yang mana kandungan2 sebelum ini tidak pernah melepasi tahap 2nd trimester. Semoga dipermudahkan olehNya... Amin.


Saturday, June 22, 2013

Karnival Peduli Umat DzulIman

Hari ni walaupun cuaca agak berjerubu, sekolah tadika Sofiyya mengadakan Karnival Peduli Umat bertempat di Masjid Al-Falah USJ 9. Karnival ini adalah untuk menyokong perjuangan rakyat2 Syiria dan Rohingya. Majlis sepatutnya bermula pukul 1:30 tengahari dengan pertunjukan flash mob oleh anak2 DzulIman. Tapi memandangkan cuaca yang tak berape memberangsangkan dan keadaan aku yang masih mabuk2, so aku pergilah bawak si kecit ni dalam pukul 3 petang. Kiranya dah tak panas sangat.

Banyak jugak booth2 yang ada. Booth jualan dan aktiviti untuk kanak2 sambil mengutip derma. Sofiyya dah diberi kupon sebanyak 4 keping untuk aktiviti2 booth yang dia nak join. So, kalo nak join bagi kupon dan boleh join aktiviti seperti mewarna pipi dan tangan dengan bendera syiria (hah, yang ni sofiyya tak nak join sebab kotor dia cakap), buat cupcakes, warna bendera, sepak bola dan macam2 lagik yang aku pun dah lupa.

Kejap je kitaorang kat sana dalam sejam jek. Lepas abis pusing2 booth2 yang ada terus ajak Sofiyya balik. Dia pun dah dapat macam2 laju jek la ngekornya.

Aktiviti mewarna bendera syiria



Aktiviti mendeko kotak


Monday, June 17, 2013

G4P1+2 - 12 Weeks

Rutin pregnancy checkup minggu ke 12. Bermakna usia kandunganku sudah mencecah 3 bulan. Masih lagi mengalami morning sickness dan cirit birit berterusan. Minggu lepas DR Hamizah dah diagnose aku sebagai mild dehidration sehinggakan kena minum ORS. Nasib baiklah boleh telan walaupun waktu biasa aku tak berapa suka air ni. Bila time preggy ni rasa sedap plak.

Every week mesti aku akan berjumpa dengan DR Hamizah untuk dapatkan MC. Muntah yang berpanjangan. Sehingga minggu ke 12 ni, sebanyak 7 hari aku amik MC je. Nasib baiklah ofis aku benarkan MC sebanyak 22 hari untuk setahun. Kira banyak lagiklah walaupun dah guna 7 hari. Seingat aku ada satu malam tu selepas makan burger ayam, lima kali aku muntah berturut2 masa nak tido. Nih dah namanya bukan morning sickness.. nih namanya everytime sickness sebab muntah tak kira masa. Minggu ke 10 DR Hamizah dah bagi Obimin untuk aku makan sebab badan aku lemah.

Berat pulak tak payah cakap la.... memang turun kalo nak compare masa aku buat diet Atkins hari tu. Paling rendahlah semenjak aku berusaha untuk diet. Makan sebab lapar bukannya sebab berselera. Padahal pagi, tengahari dan malam aku makan nasi je. Kalo tak dapat nasi memang melepeklah jawabnya.

Hari ni buat pertama kalinya aku berani ajak Sofiyya dan Abang masuk sekali sewaktu jumpa DR. Masuk je check BP 130/80. Lepas tu terus scan. Bila scanner tu kena kat rahim, nampaklah bentuk baby yang terkuak kaki dan tangannya... Syukur padaMu Ya Allah di atas kurniaanMu ini. DR Hamizah cakap baby sihat selaras dengan minggu kandungan. Bila ukur saiz baby memang tertulis 12 minggu dengan panjang 5.5CM.

Sekali lagik minta DR Hamizah print dan DR terus bagi pada Sofiyya. Memang dia telek je la gambar tu sebab dah nampak bentuk orang. Siap aku tanya DR Hamizah, jantina dah nampak belum? DR cakap mana nampak lagik... 5 bulan nanti baru jelas. Lepas ni datang lagik bila kandungan berusia 16 minggu dan time tu nanti amik darah sekali. Bila chek kalendar rupanya dan minggu kedua bulan ramadhan. Harap2nya aku boleh berpuasa penuhlah tahun ni dah badan ni larat seperti biasa.. Amin.. :)

12 Weeks Already... :)